Sunday, August 23, 2009

Alhamdulillah Ramadhan Ini Kita Masih Ada

Selamat menyambut Ramadhan saya ucapkan kepada kekawan yang melawat Blog ni. Bersyukurla kerana idup lagi kita yea. Ramai yang sebelum Ramadhan ni dah pegi cam Micheal Jackson, Ust Asri Rabbani, ayah saya pada 20 Jan 2009 yang lepas. Jadi sempena bulan yang barokah ni saya menyusun duapuluh jari (termasuk jari kaki) minta mahap banyak banyak atas terkasar bahasa, tergurau lebih-lebih pada semua kekawan yea. Supaya puasa kali ini kita berjaya harungi dengan jayanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Kepada kekawan yang puasa tu jangan lupa solat kerana puasa tak bererti tanpa solat lima waktu, yang lum tutup aurat cuba la bulan ni yea saya doakan, nanti sambil gi shopping kat jalan TAR jangan lupa beli satu ada macam-macam nama kain tudung ni ada tudung mawi, tudung ekin, tudung bawal, tudung selar(ade ke?tedung selar ade la)

Mari kita hayati rangkap nasheed dari Rabbani yang menginsafkan
(kalau nak dengar lagu ni bole la jumpa saya untuk download)

Bila Nur Melimpah Dihati
Manusia Itu Bangun
Dari Alam Kegelapan
Ibarat Mata Yang Berseri

Menatapi Mentari Pagi
Yang Indah Dan Yang Cerah Menerangi
Kerana Iman Dan Juga Islam
Telah Menjadi Keyakinan

Bila Quran Dan Sunnah Didaulatkan
Tika Itu Jiwa Dikorbankan
Harta Kemewahan Dilaburkan
Demi Untuk Agama Kebenaran